Covid-19: Sempadan negara dikawal ketat elak kes import

Kerajaan berpendirian tegas dalam mengawal sempadan negara dan menyekat kemasukan pelancong asing ke negara ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kerajaan berpendirian tegas dalam mengawal sempadan negara dan menyekat kemasukan pelancong asing ke negara ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan berpendirian tegas dalam mengawal sempadan negara dan menyekat kemasukan pelancong asing ke negara ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, itu bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu kes import koronavirus (Covid-19) di Malaysia seperti berlaku di Hokkaido, Jepun.

"Di Hokkaido, Jepun, mereka buka negara mereka dan biarkan kemasukan negara luar (pelancong luar). Pada masa itu musim bunga sakura, berlaku kes import, tetapi kita masih tutup pintu masuk negara kita, jadi ini antara langkah persediaan kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah pelaksanaan kuarantin wajib kepada rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air juga terus dilaksanakan bagi membendung penularan kes penyakit berkenaan dalam negara.

Ini kerana, katanya, orang ramai menyuarakan kebimbangan apabila kerajaan mengambil keputusan melaksanakan PKPB mulai 4 Mei ini dan di media sosial netizen mula berkongsi serta membandingkan kes seperti yang berlaku di Hokkaido, Jepun.

Beliau berkata, kawasan pulau di utara Jepun itu mengalami gelombang kedua yang mencatatkan 135 jangkitan dalam tempoh seminggu selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.

Menurutnya, selain perlaksanaan kuarantin wajib kepada rakyat Malaysia pulang ke tanah air, pendekatan pengesanan kes dan saringan secara bersasar di lokasi tumpuan juga akan terus dipraktikkan bagi mengekang penularan jangkitan berkenaan.

Artikel Berkaitan: