Tiup semangat untuk frontliner
PUTRAJAYA- Keadaan terkini penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19) di Malaysia dilihat semakin pulih dari hari ke hari namun begitu perlu diingatkan bahawa kita belum lagi memenangi ‘perang’ ini sepenuhnya dan masih perlu mengamalkan langkah kebersihan serta keselamatan.
Menghargai jasa petugas barisan hadapan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menitipkan doa dan motivasi menerusi ciapan Twitternya.
“Kepada semua petugas barisan hadapan. Ketika anda sedang lelah, menitiskan air mata, mahupun hampir putus asa dalam perjuangan ini, ingatlah bahawa kami semua sentiasa mendoakan anda,” tulisnya pada ciapan berkenaan.
Ciapan tersebut ditujukan khas untuk semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu negara membendung penularan wabak itu.
Beliau juga menerusi ciapan yang sama turut meninggalkan hashtag #dudukrumah #StayAtHome.
Ciapan berkenaan mendapat 682 ulang kicau dan 1,700 tanda suka.
Kepada semua petugas barisan hadapan,
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) May 1, 2020
Ketika anda sedang lelah, menitiskan air mata, mahupun hampir putus asa dalam perjuangan ini, ingatlah bahawa kami semua sentiasa mendoakan anda.
#dudukrumah#StayAtHomepic.twitter.com/uC0W4VstYf
Netizen kongsi kisah kena 'scam' nak cium hajarulaswad
Tuan rumah dari 'syurga'
Penunggang motosikal cedera 'dilanggar' pejalan kaki
Keletah lucu warga Bangladesh menari tepi jalan curi perhatian
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah
Kedai serbaneka 'tutup bila kiamat, tapi masih buka setengah hari'