'Amboi... bukan main awak ya'

Mimik muka Aqiesha Iexara yang mengaji bersungguh-sungguh mencuit hati netizen.
Mimik muka Aqiesha Iexara yang mengaji bersungguh-sungguh mencuit hati netizen.
A
A
A

SETIA ALAM - Telatah seorang kanak-kanak berusia 5 tahun, Aqiesha Iexara mengaji bersama bapa dan abangnya baru-baru ini mencuit hati netizen.

Video menerusi ciapan bapanya, Aizul memaparkan Aqiesha sedang mengaji al-Quran namun apa yang menarik perhatian netizen adalah mimik mukanya yang bersungguh-sungguh.

“Ingat senang nak jadikan manusia. Amboi yang sorang tu, bukan main awak ya,” tulis bapanya pada ciapan berkenaan.

Bapanya berkata, dia biasanya akan mengajar anak-anaknya mengaji selepas mereka sekeluarga solat Maghrib berjemaah.

“Bukan masa baca al-Quran sahaja, setiap masa mimik muka dia (Aqiesha) memang macam itu.

Aqiesha Iexara yang baru berusia 5 tahun.
Aqiesha Iexara yang baru berusia 5 tahun.

“Dia memang suka berangan dan suka menyakat. Pendek kata kalau dia tiada dalam rumah sunyi nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ciapan berkenaan mendapat 440,700 tontonan, 26,400 tanda suka dan 29,000 ciapan semula.

Artikel Berkaitan:

Netizen juga rata-ratanya terhibur dengan telatah Aqiesha dan membanjiri ruangan komen.

“Besar nanti mesti kuat menyakat ni,” komen Inirezza.

“Comelnya yang perempuan tu. Semoga menjadi anak yang solehah, membahagiakan ibu dan ayah,” komen Orked.