Kebanyakan negara Arab catat peningkatan kes kematian, jangkitan

Petugas kesihatan negara Arab sedang melakukan saringan Covid-19
Petugas kesihatan negara Arab sedang melakukan saringan Covid-19
A
A
A

ISTANBUL- Kebanyakan negara Arab termasuk United Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Bahrain, Maghribi dan Lubnan masing-masing mencatatkan peningkatan kes kematian dan jangkitan koronavirus (Covid-19) lapor agensi berita Anadolu pada Khamis.

UAE mencatatkan 552 kes baharu, keseluruhan 12,481 dengan tujuh lagi kematian menjadikan jumlah setakat ini 552 manakala 2,429 pesakit sembuh.

Kementerian Kesihatan Kuwait pula mengesahkan 284 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat kepada 4,024.

Dua lagi pesakit maut menjadikan keseluruhan 26 orang.

UAE mengeluarkan larangan perjalanan ekoran kebimbangan ancaman wabak koronavirus (Covid-19) di negara terbabit.
UAE mengeluarkan larangan perjalanan ekoran kebimbangan ancaman wabak koronavirus (Covid-19) di negara terbabit.

Jumlah kes di Bahrain pula melepasi 3,000 pada Khamis.

Sebanyak 116 kes baharu, keseluruhan berjumlah 3,037, lapan kematian dan 1,495 pesakit pulih, menurut Twitter Kementerian Kesihatan.

Di Maghribi, jumlah kes sebanyak 4,359 pertambahan 38 lagi kes, 969 pesakit sembuh dan 168 kematian.

Artikel Berkaitan:

Kementerian Kesihatan Lubnan pula melaporkan empat kes baharu menjadikan jumlah kes 725, sementara angka korban kekal 24 orang.-Bernama