X

Kindly register in order to view this article
!

Hampir semua sektor ekonomi dibuka semula mengikut SOP ketat

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Pekerja di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk membuka semula hampir semua sektor ekonomi secara berhati-hati mengikut prosedur operasi standard (SOP) kesihatan ketat bermula 4 Mei hadapan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk syarat-syarat ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, masih ada jenis perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi kerana dibimbangi melibatkan sentuhan badan dan aktiviti perhimpunan awam antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, bazar Ramadan serta semua bentuk persidangan dan perhimpunan orang awam.

"Selain itu, aktiviti sukan yang libat orang ramai tidak dibenarkan termasuk sukan bola sepak, ragbi dan aktiviti renang tempat awam," katanya pada perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan media sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini.

AKAN MENYUSUL


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus