Tonali bakal pemain tengah terbaik dunia

Sandro Tonali - Foto : sampermilan.com
Sandro Tonali - Foto : sampermilan.com
A
A
A

BEKAS pemain kebangsaan Itali, Francesco Totti meramalkan bintang muda Brescia, Sandro Tonali untuk muncul selaku antara pemain tengah terbaik dunia suatu hari nanti.

Totti berkata, pemain berkenaan dilihat memiliki gaya permainan sama dengan bekas pemain kebangsaan England, Steven Gerrard, Frank Lampard atau bekas bintang Itali, Daniele De Rossi.

Malah menurut Totti, pemain berusia 19 tahun itu turut menjadi buruan kelab-kelab ternama dunia seperti Barcelona, Juventus, Inter Milan dan AC Milan.

“Dia akan menjadi salah seorang pemain tengah yang kuat seperti Gerrard, De Rossi atau Lampard.

“Dia ibarat campuran Pirlo (Andre) dan (Gennaro) Gattuso. Dia juga memiliki kesemua yang perlu ada bagi seorang pemain.

"Dia juga memiliki langkah yang menakjubkan, teknikal yang baik dan sentiasa kelihatan tenang samada ketika mengharungi perlawanan yang sukar atau perlawanan yang mudah,” katanya.

Untuk rekod, presiden dan pemilik Brescia, Massimo Cellino pernah cuba untuk menjual Tonali dengan harga RM1,400,00 (€300m ) sebelum ini.

Namun, Tonali berkata, perkara itu nyatakan kepadanya oleh Cellino, sejurus tamat aksi berdepan Fiorentina baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

“Selepas perlawanan, dia (Cellino) berkata kepada saya, dia tidak mungkin menjual saya; namun itu tidak menakutkan saya walaupun ia melibatkan jumlah wang yang besar.

“Saya yakin, untuk berikan yang terbaik musim ini dan membantu Brescia untuk kembali berada di atas,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai penampilannya yang dilihat mirip lagenda Itali Andre Pirlo, Tonali berkata, ia adalah sungguh berbeza.

Katanya, kedua-dua mereka nyata memiliki gaya serta teknik permainan yang berbeza.

“Saya tidak kisah apabila dikatakan aksi saya mirip Pirlo, kerana saya tahu ia memang berbeza.

“Saya lebih melihat aksi saya mirip dengan Gattuso; dia role model bagi saya,” katanya.