PH mahu Parlimen bersidang penuh

Anwar, Mohamad dan Guan Eng
Anwar, Mohamad dan Guan Eng
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendirian bahawa Parlimen wajib bersidang penuh sekurang-kurangnya dua minggu bermula 18 Mei ini.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, katanya, dalam keadaan lengkuk wabak Covid-19 mulai landai dan semakin ramai yang pulih, kebenaran berkenaan adalah satu langkah yang dialu-alukan namun perlu dilaksanakan dengan berhati-hati.

"Masalah rakyat juga perlu perhatian khusus Parlimen termasuk isu kebajikan, pekerjaan malah semak dan imbang perjalanan kerajaan bagi menjamin ketelusan pengurusan dan tanggungjawab pihak eksekutif.

"Majlis Presiden turut menggesa beberapa pindaan kepada Peraturan Mesyuarat dilakukan bagi membolehkan Parlimen terus bersidang termasuk secara dalam talian dan dengan jumlah ahli Parlimen yang berkurangan tanpa menjejaskan korum atau peratusan undian parti masing-masing," kata kenyataan itu hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 18 Mei ini dan bersidang selama sehari ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sekarang.

Artikel Berkaitan: