Israel musnahkan karavan Palestin

Seorang wanita Palestin meraung selepas kediaman mereka dimusnahkan Israel.
Seorang wanita Palestin meraung selepas kediaman mereka dimusnahkan Israel.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Jentolak Israel memusnahkan sebuah karavan milik seorang lelaki Palestin di perkampungan Fasayil berhampiran Jericho di Tebing Barat yang diduduki.

Israel memberi alasan terpaksa merobohkan karavan milik Abed Al-Hadi Abyat itu kerana ia dibina tanpa permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa rejim.

Menurut Abyat, beliau telah melantik seorang peguam selepas menerima notis perobohan empat bulan lalu, namun Israel tetap merobohkan karavannya menyebabkan keluarganya hilang tempat tinggal.

Rejim Zionis sering menggunakan alasan pembinaan tanpa permit bagi membolehkannya terus merobohkan kediaman milik rakyat Palestin secara sistematik.

Hampir semua permohonan permit di Kawasan C ditolak pihak berkuasa Israel, memaksa rakyat Palestin membina rumah secara haram. - Agensi

Artikel Berkaitan: