Boris Johson timang anak lelaki

Johnson dan Symonds mengikat tali pertunangan hujung tahun lalu. - Foto: Agensi
Johnson dan Symonds mengikat tali pertunangan hujung tahun lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mendapat khabar gembira apabila tunangnya, Carrie Symonds selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital London awal hari ini.

Kelahiran itu berlaku tiga minggu selepas Johnson dimasukkan ke hospital kerana jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat," kata jurucakap pasangan tersebut,

Johnson, 55, pernah berkahwin dua kali dan bercerai pada 2018 selepas 26 tahun hidup dengan bekas isterinya sebelum bercinta dengan Symonds, 31, sejak awal tahun lalu.

Pemimpin Britain itu bakal menjadi Perdana Menteri United Kingdom pertama berkahwin ketika memegang jawatan berkenaan.

Beliau dan Symonds sudah pun mencatat sejarah apabila menjadi pasangan pertama belum berkahwin yang tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri. - Agensi

Artikel Berkaitan: