Wisma Putra perlu proaktif bawa pulang rakyat Malaysia

HAMIDAH
HAMIDAH
A
A
A

IPOH - Wisma Putra digesa mengambil langkah proaktif terhadap sekumpulan rakyat Malaysia yang terkandas di India.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman berkata, keadaan itu sangat membimbangkan kerana difahamkan terdapat sebahagian dalam kalangan kumpulan itu telah ditahan pihak berkuasa India kerana visa mereka tamat tempoh.

Beliau berkata, mereka sepatutnya telah pulang ke Malaysia, namun terpaksa menjalani kuarantin di India tetapi malangnya ketika tempoh itu visa tidak dapat diperbaharui.

"Kita sedang mencari jalan untuk memastikan mereka dapat dibawa pulang dengan selamat. Saya menggesa supaya Wisma Putra mengambil langkah sewajarnya terhadap rakyat Malaysia yang masih berada di India.

"Mereka perlu dibawa pulang segera tambahan sekarang bulan Ramadan. Tak boleh biarkan mereka di penjara di India," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,679 rakyat Malaysia masih terkandas di India

Hamidah berkata, Putra akan berusaha untuk membawa pulang mereka yang terkandas ini kerana sebelum ini MIC telah berjaya membawa pulang 1,000 rakyat Malaysia di sana.

Jelasnya, keluarga atau waris rakyat Malaysia yang terkandas ini perlu dimaklumkan segera mengenai keadaan mereka.

Sebelum ini, Pengerusi Pasukan Petugas koronavirus (Covid-19) Kementerian Luar, Datuk Kamarudin Jaffar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kementerian Luar akan terus berusaha membawa pulang 1,679 rakyat Malaysia yang masih lagi terkandas di India dengan segera.

Artikel Berkaitan: