Kapal asing ditahan berlabuh tanpa kebenaran di Johor

APMM Johor menahan sebuah kapal kargo dari Republik Kepulauan Marshall yang membawa muatan arang batu kerna berlabuh tanpa dapat kebenaran pihak berkuasa berhampiran Pulau Kukup, Pontian, Johor semalam.
APMM Johor menahan sebuah kapal kargo dari Republik Kepulauan Marshall yang membawa muatan arang batu kerna berlabuh tanpa dapat kebenaran pihak berkuasa berhampiran Pulau Kukup, Pontian, Johor semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor menahan sebuah kapal kargo dari Republik Kepulauan Marshall yang membawa muatan arang batu berhampiran Pulau Kukup, Pontian semalam kerana berlabuh tanpa kebenaran pihak berkuasa di negeri ini.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan, kapal kargo tersebut dikesan berlabuh pada jam 6.40 petang.

"Bertindak atas maklumat tersebut, Maritim Johor mengaturgerakkan sebuah kapal ronda yang sedang melakukan operasi di perairan sekitar untuk membuat pemeriksaan pada kedudukan kira-kira tiga batu nautika selatan pulau itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang berdaftar di Republik Kepulauan Marshall itu gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kapal tersebut dikendalikan nakhoda berumur 50 tahun serta 19 anak kapal yang semuanya adalah lelaki warganegara China.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Aminuddin berkata, pihaknya akan sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan Johor dengan menggunakan segala sumber yang ada serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Sebarang kejadian kecemasan di laut, segera hubungi talian MERS 999 atau MRSC Johor Bahru di talian 07-221 9231 manakala aduan atau maklumat jenayah maritim salurkan kepada Pusat Operasi MN Johor di talian 07-219 9404.

Artikel Berkaitan: