X

Kindly register in order to view this article
!

Bukti sistem kehakiman negara telus: MB Perak

Laporan Sinar Harian hari ini berkaitan kes membabitkan Timbalan Menteri Kesihatan dan Exco Perak yang didenda RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), minggu lalu.
A
A

GOPENG - Tindakan mahkamah yang dikenakan ke atas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Kerajaan Perak, Razman Zakaria kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuktikan sistem kehakiman negara telus.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hukuman dikenakan ternyata tanpa mengira siapa individu tersebut.

Menurutnya, perkara tersebut perlu menjadi pengajaran kepada rakyat agar serius dalam mematuhi tempoh PKP ini.

"Saya berharap semua pihak akan mematuhi PKP ini kerana kita mesti sedar bahawa kawalan ini dibuat adalah semata-mata demi kepentingan rakyat untuk memutuskan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Saya harap perkara ini juga tidak lagi dipolitikkan kerana tindakan telah diambil," katanya dalam kenyataan selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas pemain pasukan Perak, Mohd Nor Ismail, 38, yang sedang menjalani proses pemulihan akibat diserang angin ahmar di rumah bekas pemain itu, di sini hari ini.

Ahmad Faizal (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Nor yang sedang menjalani proses pemulihan akibat diserang angin ahmar di rumah bekas pemain itu, di sini hari ini. - Foto Facebook Ahmad Faizal
Ahmad Faizal (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Nor yang sedang menjalani proses pemulihan akibat diserang angin ahmar di rumah bekas pemain itu, di sini hari ini. - Foto Facebook Ahmad Faizal

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai hukuman denda RM1,000 kepada Dr Noor Azmi dan Razman di Mahkamah Gerik, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri Kesihatan, Exco Perak mengaku salah ingkar PKP

Sementara itu, Ahmad Faizal turut berharap kedua-dua pemimpin itu dapat meneruskan tanggungjawab mereka berkhidmat untuk negara dan negeri dengan mengikut lunas-lunas undang-undang sedia ada.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!