Wira sahur buat gelandangan

Syazwan hulurkan makanan kepada gelandangan dan orang memerlukan. - Foto MediaCorp
Syazwan hulurkan makanan kepada gelandangan dan orang memerlukan. - Foto MediaCorp
A
A
A

SINGAPURA - Seorabg bakal jururawat mengambil inisiatif membeli, menghantar juadah sahur dan iftar kepada golongan gelandangan di sini.

Syazwan Ahmad Sanusi, 29, berkata, tercetusnya idea kerana dirinya sering ke masjid untuk berbuka bersama keluarga ketika Ramadan.

“Bila masjid ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kita dapat rasa kelainan.

"Jadi dari situ, timbul idea dalam fikiran saya. Orang yang susah hanya bergantung kepada masjid untuk sahur dan iftar, pasti sukar nak cari makanan." katanya kepada MediaCorp.

Katanya, perlu bijak mengagihkan masa kerana pada waktu pagi dia menghadiri kelas dalam talian dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pada waktu malam, dia akan melakukan aktiviti sukarelawan.

Aktiviti kebajikan diberi nama #UmbrellaInitiative, masyarakat turut menyumbangkan kepada dana inisiatif tersebut.

Bahkan, beliau berjaya mengumpulkan hampir SGD1,000 (RM4,300) pada hari pertama ia dilancarkan.

Artikel Berkaitan:

Jumlah dana itu sudah mencecah SGD4,000 (RM12,200) setakat 27 April.

Jelasnya, berasa bersyukur dengan sokongan yang diberikan dan sumbangan ini dapat membantu golongan tersebut.

“Pada saya semua orang mampu melakukan kebaikan dan mampu membawa perubahan tidak kira berapa kecil atau besar perkara itu,” katanya.

Semangat ihsan Syazwan sebenarnya tidak mengenal bangsa dan agama.

Dia turut memberi makanan kepada 30 individu bukan Islam setiap waktu sahur.