Rohingya: Polis buka empat kertas siasatan

Ismail Sabri - Foto fail Bernama
Ismail Sabri - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Polis membuka kertas siasatan berhubung video, audio dan hantaran biadab di media sosial, didakwa pelarian Rohingya, yang telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 19 laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

"Sebanyak 19 laporan polis dibuat berkaitan kes Rohingya. Empat kertas siasatan telah dibuka," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Semalam, beliau meminta rakyat di negara ini supaya bertenang susulan timbulnya isu dakwaan kebiadaban pelarian Rohingya kerana polis sedang menyiasat perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat dakwaan video, hantaran biadab pelarian Rohingya

Beliau berkata, polis turut melakukan siasatan berhubung ketulenan video dan audio mengaitkan warga Rohingya.

"Ini kerana ada sesetengah audio dan video dianggap sebagai palsu. Bagaimanapun tiada ada sesiapa boleh menentukan kesahihannya selain pihak berkuasa,"katanya.

Artikel Berkaitan: