Lelaki ingkar PKP ada rokok seludup

Anuar Bakri (kiri) memantau sekatan jalan raya yang diadakan di Jalan Pedas- Tampin semalam.
Anuar Bakri (kiri) memantau sekatan jalan raya yang diadakan di Jalan Pedas- Tampin semalam.
A
A
A

REMBAU - Polis menahan seorang lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memiliki rokok seludup ketika menjalankan tugas pemantauan Op Covid-19 'snap check' di jalan Pedas - Ulu Kanchong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, polis menemui 250 karton rokok yang dipercayai diseludup dan tidak dibayar cukai di dalam but kereta jenis Toyota Camry yang dipandu suspek.

Menurutnya, suspek ditahan di bawah seksyen 135 Akta Kastam dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020 serta direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Anuar Bakri (tengah) berbuka puasa bersama anggota yang menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Pedas-Tampin semalam.
Anuar Bakri (tengah) berbuka puasa bersama anggota yang menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Pedas-Tampin semalam.

"Jika disabit kesalahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan memiliki rokok seludup dan tidak membayar cukai eksais, suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, Anuar Bakri sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama petugas di sekatan jalan raya di Jalan Seremban-Tampin (Hadapan Wet World Pedas) semalam.

Artikel Berkaitan: