Polis tahan penjenayah selepas kejar 15km

Dua lelaki ditahan selepas pihak polis mengejar mereka sejauh 15km sebelum merampas dadah jenis syabu di hadapan Hotel KSL, Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.
Dua lelaki ditahan selepas pihak polis mengejar mereka sejauh 15km sebelum merampas dadah jenis syabu di hadapan Hotel KSL, Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki di hadapan Hotel KSL, Taman Daya di sini malam tadi selepas mengejar mereka sejauh 15 kilometer.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, ketika anggota peronda yang menaiki sebuah Unit Kereta Peronda (MPV) menghampiri sebuah kereta yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tambak, Taman Pelangi.

Beliau berkata, bagaimanapun, lelaki yang memandu kereta Mitsubishi itu bertindak memecut kenderaannya dan polis mengejarnya sebelum berjaya memberkas suspek di hadapan hotel berkenaan.

"Dua lelaki masing-masing berusia 43 tahun dan 31 tahun ditahan dan pemeriksaan menemukan menemukan 3.1 gram dadah jenis syabu.

"Siasatan mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, sebelum ini tular video berdurasi 1 minit 31 saat di media sosial mengenai dua lelaki dikatakan dikasari pihak berkuasa ketika penahanan itu.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) Johor sudah menahan seramai 5,705 individu atas pelbagai kesalahan dadah sejak 1 Januari lalu hingga semalam.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut JSJN Johor berjaya membuat rampasan dadah sebanyak 333.68 kilogram dengan nilai RM6.77 juta.

"Turut disita ialah harta benda bernilai RM4.17 juta," katanya.