Penjaja berniaga di tapak bazar Ramadan diberi amaran

Tiga penjaja dan lima pemilik gerai diberi amaran keranan menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi dan tapak bazar Ramadan semalam.
Tiga penjaja dan lima pemilik gerai diberi amaran keranan menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi dan tapak bazar Ramadan semalam.
A
A
A

KLANG - Tiga penjaja dan lima pemilik gerai diberi amaran dan notis oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) selepas dikesan menjalankan aktiviti perniagaan di beberapa lokasi dan tapak bazar Ramadan semalam.

Menerusi kemas kini di laman Facebook, MPK berkata, pemeriksaan itu membabitkan Jabatan Pelesenan Penjaja, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penilaian, Jabatan Kewangan, Jabatan Perancang dan Jabatan Penguatkuasa MPK.

Kakitangan MPK dipecahkan kepada tujuh kumpulan bagi melakukan operasi pemantauan tersebut.
Kakitangan MPK dipecahkan kepada tujuh kumpulan bagi melakukan operasi pemantauan tersebut.

"Dalam operasi tersebut, seorang penjaja dikesan menjual makanan (roti boom segera) dengan menggunakan sebuah kereta tanpa lesen perniagaan di sekitar tapak Bazar Simpang Empat, Sungai Udang manakala dua lagi penjaja dan lima gerai menjual makanan serta minuman tanpa lesen di kawasan Rantau Panjang, Jalan Keretapi Lama, Sementa dan Kampung Sungai Serdang, Jalan Kapar," katanya.

Tambahnya, operasi pemantauan itu dipecahkan kepada tujuh kumpulan bagi memastikan semua peniaga dapat mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan PKP di seluruh negara sehingga 12 Mei depan dalam usaha bagi memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: