Operasi Klinik LPPKN bantu golongan B40

Gambar kecil: Dr Hafidzah Mustakim
Gambar kecil: Dr Hafidzah Mustakim
A
A
A

KOTA BHARU - Biro Kesihatan Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Awan) Nasional menyokong kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya mengkaji semula keputusan kerajaan yang tidak membenarkan Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Dr Hafidzah Mustakim berkata, perkhidmatan tersebut amat diperlukan terutama golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mampu membayar kos pembiayaan di klinik swasta untuk mendapatkan bekalan ubat perancangan keluarga.

"Pada tahun 2018 lebih 90,000 wanita mendapat pelbagai perkhidmatan kesihatan reproduktif termasuk khidmat perancangan keluarga dari Klinik LPPKN yang beroperasi di seluruh negara.

“Ini kerana sekiranya tarikh luputnya berlaku dalam tempoh PKP, maka mereka akan menghadapi kesukaran untuk menggantinya di klinik swasta lain kerana kosnya yang lebih mahal," kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, lebih parah lagi bagi mereka yang mengambil kaedah perancangan keluarga melalui kaedah lain seperti dengan cara suntikan, kaedah implanon atau alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD).

“Tidak keterlaluan jika dikatakan Klinik LPPKN juga memberikan perkhidmatan yang kritikal kepada wanita," katanya.

Selain perkhidmatan kesihatan reproduktif, LPPKN turut menyediakan khidmat kaunseling dan nasihat kekeluargaan yang amat diperlukan sebahagian rakyat dalam menghadapi tekanan di musim PKP.

“Ini juga salah satu keperluan rakyat yang mungkin dipandang sepi sesetengah pihak, sedangkan perancangan keluarga yang baik amat penting bagi sesetengah masyarakat,” katanya.

Artikel Berkaitan: