Sembilan mangsa banjir kilat dipindahkan

Sembilan mangsa dari Kampung Cherok Menanti, Bandar Baharu dipindahkan akibat banjir kilat. foto JBPM
Sembilan mangsa dari Kampung Cherok Menanti, Bandar Baharu dipindahkan akibat banjir kilat. foto JBPM
A
A
A

BANDAR BAHARU - Sebuah keluarga di Kampung Cherok Menanti terpaksa dipindahkan akibat banjir kilat, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam kira-kira 6.11 petang memaklumkan kejadian.

Menurutnya, seramai sembilan ahli keluarga terpaksa dipindahkan berikutan paras air naik mendadak.

"Sembilan mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Surau Kampung Cherok Menanti, Mukim Sungai Batu atas faktor keselamatan," katanya.

Artikel Berkaitan: