24 jam bertugas, Dr Amalina rindukan ibu

LONDON - Pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri meluahkan rasa rindu kepada ibunya menerusi hantarannya di Instagram semalam.
Dalam hantaran tersebut, beliau mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam.
“Saya ingin mengucapkan kepada semua petugas barisan hadapan Muslim di seluruh dunia untuk terus berjuang dan menjaga diri sepanjang bulan Ramadan ini.
“Saya telah bekerja selama 24 jam pada hari ini dan saya sangat rindukan ibu saya,” tulisnya pada hantaran berkenaan.
Menerusi hantaran yang sama, Dr Nur Amalina juga berharap agar wabak koronavirus (Covid-19) akan tamat dan semua orang dapat berjumpa dengan keluarga masing-masing tidak lama lagi.
Netizen pula rata-ratanya meninggalkan kata-kata semangat buat Dr Nur Amalina menerusi komen pada hantaran berkenaan.
“Semoga Tuhan merahmati awak dan jaga diri doktor,” komen Azhar Zain.
“Kekal kuat dan jaga diri doktor. Kami banyak terhutang dengan doktor,” tulis Mikhael Qaqa.
Hantaran berkenaan mendapat 50,702 tanda suka sejak semalam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amRemaja 13 tahun diperkosa 30 lelaki dalam tempoh lima hari
30 Jun 2026 07:30amDua rakyat Malaysia terkena letupan bom di Tak Bai
29 Jun 2026 03:26pmBudak 12 tahun maut dibaham buaya
29 Jun 2026 05:42pmJenazah anak hampir tak dapat dikebumi
29 Jun 2026 07:48pm- Iklan -- Iklan -
