Hikmah di sebalik timun percuma

Kisah Yusof yang menawarkan timun percuma kepada orang ramai tular di laman sosial.
Kisah Yusof yang menawarkan timun percuma kepada orang ramai tular di laman sosial.
A
A
A

JERANTUT - Seorang pengusaha ladang timun di Ulu Cheka di sini lega apabila hasil tanamannya mendapat perhatian pelbagai pihak selepas kisahnya yang menawarkan timun secara percuma kepada orang ramai tular di laman sosial.

Yusof Itam, 60, atau lebih dikenali Yusof Lang Buana menawarkan timun percuma kepada orang ramai pada 21 April berikutan lambakan hasil tanaman itu akibat tidak dapat menjualnya kepada pemborong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilik ladang seluas 0.8 hektar itu ketika dihubungi Sinar Harian hari ini berkata, selepas kisahnya tular dia dihubungi beberapa pihak antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), jabatan pertanian daerah serta peraih termasuk dari Jengka untuk membeli hasil tanamannya.

"Pihak FAMA telah datang sehari kemudian untuk mengambil hasil tanaman lebih satu tan untuk dipasarkan dan akan mengambil setiap dua hari sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ambillah seberapa banyak timun di ladang saya'

"Syukur dan terima kasih juga kepada media yang melaporkan kisah saya hingga menarik perhatian beberapa pihak," katanya.

Hasil tanaman timun di ladang milik Yusof dikunjungi beberapa peraih sejak beberapa hari lalu.
Hasil tanaman timun di ladang milik Yusof dikunjungi beberapa peraih sejak beberapa hari lalu.

Yusof berkata, dia juga kembali memulakan proses pengeluaran dan penyelenggaraan di ladang miliknya beberapa hari lalu selepas menghentikan segala kerja di ladangnya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Bila jadi begini, memang datang semangat baru selepas berdepan masalah lambakan timun sebelum ini.

"Memang masih ada yang datang untuk mengambil timun dan saya berikan lagi tapi bukanlah dalam jumlah banyak kerana timun sebelum ini sudah habis diagihkan kepada orang ramai," katanya mula mengusahakan tanaman itu pada Februari lalu.