X

Kindly register in order to view this article
!

Pensyarah rugi RM116,000 masuk perangkap scammer

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUANTAN - Seorang pensyarah kerugian lebih RM116,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan didalangi dua individu yang menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi dan pegawai polis, kelmarin.

Mangsa diperangkap 'scammer' berkenaan dengan helah maklumat peribadinya digunakan pihak lain untuk mendaftar nombor telefon dan membuka akaun bank bagi tujuan perjudian internet dan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang menerima panggilan telefon dari wakil syarikat telekomunikasi pada mulanya menafikan ada kaitan dengan jenayah itu.

"Bagaimanapun, selepas talian disambungkan kepada pegawai polis berpangkat inspektor, dia dimaklumkan berjumlah wang RM2.3 juta yang berada dalam akaun bank atas namanya itu dipercayai hasil aktiviti perjudian internet dan pengubahan wang haram," katanya.

Mohd Wazir berkata, 'pegawai polis' berkenaan mengarahkan mangsa membuat sejumlah bayaran bagi mengelak ditangkap.

Bimbang ditangkap, mangsa berusia 53 tahun itu akur dengan arahan supaya membuat bayaran seperti diminta.

"Panik dengan kes dihadapi, mangsa akur dengan arahan itu apabila membuat bayaran pada hari berikutnya melalui 14 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank membabitkan jumlah bayaran keseluruhan RM116, 349.

"Selepas bayaran itu dibuat, mangsa menyedari dia telah ditipu lalu membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan, semalam," katanya

Mohd Wazir berkata, polis kini sedang mengesan dua pemilik akaun bank dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus