Tangisan bapa iringi pengebumian dua anak maut kemalangan

Bapa kepada lima orang anak itu beberapa kali dilihat mengesat air mata menggunakan kain tuala yang dibawanya ketika menyaksikan jenazah Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

A
A
A

PASIR MAS – Tangisan seorang bapa mengiringi pengebumian dua anak lelakinya yang maut dalam kemalangan motosikal di Kampung Bechah, Tendong, di sini pada Khamis.

Saiful Nizam Abdul Sani, 42, tidak dapat menahan sebak sepanjang proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung pada Jumaat.

Bapa kepada lima cahaya mata itu beberapa kali dilihat mengesat air mata menggunakan tuala yang dibawanya ketika menyaksikan jenazah Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, disemadikan dalam satu liang lahad.

Muhammad Saiful Haikal yang turut terlibat dalam kemalangan hadir menaiki kerusi roda bagi mengiringi pengebumian kedua-dua adiknya selepas mengalami patah ibu jari kaki. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan pada jam 10.50 pagi selepas disolatkan lebih 300 jemaah di Masjid Al-Hanan.

Lebih memilukan, abang mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18, yang turut terlibat dalam kemalangan itu hadir dengan menaiki kerusi roda bagi mengiringi pengebumian kedua-dua adiknya selepas mengalami patah ibu jari kaki.

Dua beradik berkenaan maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abang mereka dipercayai terbabas sebelum bergesel dengan tiang lampu dan melanggar lubang di tepi jalan.

Sementara itu, ibu mereka, Noor Zuhanis Mohd Noor, 42, kelihatan sugul sambil memangku anak bongsu lelakinya.

Artikel Berkaitan:

Anak kedua pasangan itu, Muhammad Saiful Harraz, 14, pula tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sambil menutup wajah dengan kopiah ketika berada di sisi pusara dua adiknya.

Anak kedua pasangan itu, Muhammad Saiful Harraz, 14, pula menangis sambil menutup wajahnya dengan kopiah ketika berada di sisi pusara dua adiknya
Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Anak kedua pasangan itu, Muhammad Saiful Harraz, 14, pula menangis sambil menutup wajahnya dengan kopiah ketika berada di sisi pusara dua adiknya Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Proses pengebumian berjalan lancar dalam cuaca cerah dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga dan penduduk setempat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!