Biri-biri hilang dijumpai semula selepas 7 tahun

Prickles diberi nama sempena bulunya. Foto daripada Alice di portal Metro.Co.Uk
Prickles diberi nama sempena bulunya. Foto daripada Alice di portal Metro.Co.Uk
A
A
A

TASMANIA - Seekor biri-biri yang hilang semasa kebakaran besar di Pulau Tasmania, Australia pada tahun 2013 dijumpai semula selepas tujuh tahun.

Menurut Metro.Co.Uk, biri-biri betina itu ditemui seorang petani, Alice Gray di kawasan tanah miliknya.

“Kami pada awalnya tidak mengetahui kewujudan Prickles. Kami memasang kamera malam dan mendapati ia datang ke arah lensa kamera,” katanya.

Biri-biri berkenaan diberi nama Prickles kerana bulunya yang mengagumkan.

Alice berkata, Prickles ditangkap oleh suami Alice ketika mereka sedang mengadakan barbeku.

“Dia akan tinggal bersama di usia persaraan kami seumur hidupnya dan akan menghabiskan waktunya di tempat bahagia,” tambah Alice.

Pada Januari 2013, kebakaran besar di Tasmania memusnahkan sekurang-kurangnya 80 kediaman di sebuah bandar dan turut mengakibatkan kehilangan haiwan dan tanaman rosak.

Artikel Berkaitan: