Mahasiswa perlu jadi egen sebar maklumat, pengguna media positif

Penganjuran Forum Minggu Media Sosial yang dibarisi panelis-panelis terkemuka untuk berkongsi kesedaran pentingan menjadi bijak menilai ilmu dan maklumat tepat kepada pelajar Kampus Pusat Asasi UIAM Gambang, Pahang.
Penganjuran Forum Minggu Media Sosial yang dibarisi panelis-panelis terkemuka untuk berkongsi kesedaran pentingan menjadi bijak menilai ilmu dan maklumat tepat kepada pelajar Kampus Pusat Asasi UIAM Gambang, Pahang.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Mahasiswa perlu memiliki kesedaran terhadap pentingnya menjadi ejen penyebaran maklumat serta penggunaan media sosial secara positif.

Pengarah Program Minggu Media Sosial Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pusat Asasi Gambang, Nurul Ardani Mohd Nor berkata, bagi menekankan pemahaman itu, Majlis Pewakilan Mahallah Azdah Pusat Asasi UIAM Gambang dengan kerjasama Karangkraf Sdn Bhd menganjurkan Minggu Media Sosial dengan tema 'Viralkan Positiviti! Sentiasa Dapatkan Maklumat dan Ilmu Yang Tepat'.

Menurutnya, program yang bermula 7 hingga 14 Februari lalu di Kampus Pusat Asasi UIAM Gambang bertujuan memberi kesedaran pentingnya ilmu, sumber ilmu yang benar dan kaitan dengan amanah dakwah terutama dalam 'budaya' tular kini.

Turut diadakan program Forum Bicara Media Sosial, Ekspo Jualan Book2U dan Bengkel Penulisan Kreatif.

"Karangkraf Sdn Bhd dipilih sebagai rakan kolaborasi kerana satu-satunya organisasi ilmu dan maklumat yang Telus dan Tulus serta berprinsipkan Membarakan Jiwa dan Minda, serta Mengilmukan Masyarakat.

"Sambutan dalam kalangan pelajar sangat memberangsangkan dan rata-ratanya amat menghargai penglibatan Karangkraf yang dianggap sebagai institusi media ikonik dalam negara yang menyebarkan ilmu dan maklumat yang telus serta aura positif dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebahagian mahasiswa Kampus Pusat Asasi UIAM Gambang tidak melepaskan peluang membeli buku-buku terbitan Kumpulan Karangkraf menerusi program Ekspo Jualan Book2U pada 7 hingga 14 Februari lalu.
Sebahagian mahasiswa Kampus Pusat Asasi UIAM Gambang tidak melepaskan peluang membeli buku-buku terbitan Kumpulan Karangkraf menerusi program Ekspo Jualan Book2U pada 7 hingga 14 Februari lalu.

Nurul Ardani berkata, turut diadakan ialah pertandingan mencipta video pendek yang bertemakan penyebaran aura positif berjaya mencungkil bakat kreativiti pelajar bengkel penulisan kreatif yang disempurnakan Pengarah Urusan Layarminda Publications Nordin Mohamed.

Artikel Berkaitan:

"Ekspo jualan buku bergerak oleh Karangkraf juga mendapat sambutan dan dimanfaatkan oleh pelajar di samping menghidupkan budaya membaca di kalangan pelajar.

"Program kemuncak Minggu Media Sosial ialah forum yang menampilkan penulis hebat sebagai panelis termasuk penulis Karya Bestari terkenal iaitu mentor Remaja, Aiman Azlan dan ahli akademik, Profesor Madya Ts Dr Mohd Nor Mamat.

"Forum turut memberi peluang panelis berkongsi pentingnya bijak menilai ilmu dan maklumat yang tepat serta tips berinteraksi dengan media sosial secara positif," katanya.

Pada majlis sama, wakil Karangkraf menyampaikan sumbangan bahan bacaan kepada perpustakaan yang diterima oleh Pengetua Mahallah Azdah, Husnamaria Hussain.

"Beliau amat berterima kasih atas sokongan dan kolaborasi pihak Karangkraf Sdn Bhd serta mengharapkan jaringan kerjasama akan berterusan demi pembangunan generasi pelajar khususnya dan masyarakat amnya,"katanya.