'Saya dengar suara budak menangis dalam semak'
23 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Suara tangisan kanak-kanak yang kedengaran di tengah kawasan semak ladang getah ketika sedang menebas rumput membawa kepada penemuan Muhammad Irsyad Hakim Mohammad Khairul Najmi yang hilang pada petang Ahad.
Penoreh getah, Mohamed Fadhli Sudin, 41, berkata, dia tidak menyangka suara yang didengarinya sekitar setengah jam selepas tiba di kawasan kebun pada pagi Isnin itu adalah kanak-kanak yang sedang dicari sejak malam sebelumnya.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BudakHilang
