Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Aksi 'wheelie' ekstrem: 3 remaja bakal jadi individu pertama didakwa di Kelantan

20 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Aksi 'wheelie' ekstrem: 3 remaja bakal jadi individu pertama didakwa di Kelantan

Tiga remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikesan melakukan aksi 'wheelie' dan perlumbaan motosikal secara ekstrem di kawasan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, bakal berdepan pendakwaan di mahkamah mengikut Seksyen 42A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987), lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Ketiga-tiga mereka merupakan individu pertama di Kelantan yang akan dituduh di bawah seksyen tersebut selepas dikenal pasti sebagai penunggang paling agresif berdasarkan rakaman risikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ketika Operasi Khas Motosikal yang diadakan dari jam 5 hingga 7 petang pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805380/berita/semasa/aksi-wheelie-ekstrem-3-remaja-bakal-jadi-individu-pertama-didakwa-di-kelantan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #aksiwheelieekstrem #jpj #operasikhas