[VIDEO] Amanah tidak tanding PRN Sarawak, tumpu PRU - Mat Sabu

A
A
A

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebaliknya memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu mengambil kira keperluan parti untuk memberi fokus kepada PRU yang semakin hampir.

Mohamad (dua dari kanan) pada sidang media Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.
Mohamad (dua dari kanan) pada sidang media Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.

“Kita tidak bertanding, manakala parti-parti lain (dalam Pakatan Harapan) masih belum membuat sebarang pengumuman (berhubung penyertaan mereka dalam PRN Sarawak).

"Kami hendak tumpu Pilihan Raya Umum.Tapi kita akan berusaha untuk menumpukan kepada pilihan raya umum yang telah dekat, yang semakin dekat,” katanya pada sidang media Konvensyen Nasional 2026 di Dewan Raja Muda Musa pada Sabtu.

Mengulas cadangan pembentukan khemah besar yang melibatkan beberapa parti politik termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohamad berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan.

“Kita semua kawan-kawan kita belaka. Jadi kita bertemu, bersembang di peringkat awal. Sebarang keputusan belum lagi dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menambah, keutamaan Amanah ketika ini adalah membawa mesej perjuangan yang jelas supaya masyarakat memahami wawasan dan misi parti berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Amanah mahu masyarakat Melayu kembali kepada asas perpaduan yang kukuh dan benar, berteraskan kebaikan serta ketakwaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!