Hasrat Manchester United berbelanja besar terbantut

United memberikan bayangan tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindahan akan datang.
United memberikan bayangan tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindahan akan datang.
A
A
A

Manchester United mula memberi bayangan tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindahan akan datang kerana terkesan dari sudut kewangan akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward berkata, pembelian pemain yang berharga mahal bakal menyebabkan The Red Devils menghadapi masalah kewangan dengan kantung pasukan itu yang mula menipis ketika tempoh penangguhan liga ini.

"Semua orang menghadapi situasi yang luar biasa ketika ini dan untuk pasukan kami, kemungkinan tidak ada pembeliaan pemain seperti biasa pada jendela perpindahan nanti.

"Seperti biasa, keutamaan kami adalah memastikan kejayaan buat pasukan, tetapi kami juga perlu melihat impak yang berlaku dalam industri ini sebelum boleh bercakap mengenai pembelian pemain dan sebagainya," katanya.

Penangguhan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 13 Mac lalu memberikan kesan kewangan kepada kebanyakkan pasukan yang terpaksa mengambil pendekatan memotong gaji pemain dan pegawai pasukan.

Bagaimanapun, United masih belum melaksanakan pemotongan dengan semua gaji pemain dan pegawai masih dibayar penuh sepanjang tempoh penangguhan liga ini.

Namun, Woodward tidak menolak kemungkinan masalah kewangan turut akan melanda pasukan itu dan memberikan kesukaran untuk mendapatkan pemain bintang pada jendela perpindahan akan datang.

Ketika ini, beberapa pemain dikaitkan dengan kelab itu antaranya Harry Kane, Jadon Sancho, Jack Grealish, dan James Maddison.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Woodward amat mengharapkan agar saingan liga musim ini boleh dihabiskan seperti biasa walaupun kemungkinan akan dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong.

“Kami sentiasa berdialog dengan pentadbir liga tentang bila dan bagaimana liga boleh bersambung semula dan kami akan maklumkan juga kepada peminat.

"Besar kemungkinann perlawanan akan diadakan tanpa kehadiran penyokong, tetapi sudah tentu situasi itu tidak normal dalam bola sepak dan kita perlu menerimanya dalam keadaan ini," katanya.