Jual tudung nak beli susu, lampin anak

Paparan Facebook Alin Tahrin tular di laman sosial.
Paparan Facebook Alin Tahrin tular di laman sosial.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Nota "Saya jual tudung sebab nak beli susu dan lampin anak," yang ditulis di kadbod dan diletakkan pada sebuah motosikal menyentuh perasaan seorang pengguna Facebook Alin Tahrin yang berkongsi kisah duka lelaki itu di media sosial miliknya.

Menurut Alin, lelaki yang juga penunggang motosikal berkenaan mencuba nasib menjual tudung di satu lokasi yang tidak dinyatakan

Alin yang memuat gambar dan menulis status "Tudungnya juga tidak banyak dan mungkin milik isterinya, bagaimanapun kesungguhan untuk mencari rezeki wajar diberi pujian dan perlu dibantu.

"Alin terserempak dengan saudara itu di sebuah stesen minyak Petronas Seberang Jaya.

"Sedara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anaknya. Keprihatinan anda membuktikan kemuliaan hati emas anda.

Wanita itu turut menyarankan orang ramai membantu lelaki tersebut dengan membeli tudung yang dijual kerana menganggap perbuatan itu boleh meningkatkan pahala berganda ketika Ramadan.

Dalam pada itu, perkongsian yang cukup bermakna itu meraih perhatian netizen apabila ramai sudi membantu lelaki berkenaan malah ada bertanyakan nombor akaun banknya.

Kaka Nuar menulis di ruangan komen, "Siapa ada nombor untuk hubungi abang ni, tolong uarkan. Insya-ALLAH saya boleh tolong dapatkan pampers dan susu untuk anak dia."

Artikel Berkaitan:

Kata Sepol Nizam, "Mereka yang memiliki gaji semasa PKP, boleh membantu golongan memerlukan. Kongsilah rezeki, kita doa yang baik-baik. Masih ada lagi mereka yang susah."

Begitu juga dengan Ahmad Saad mengharapkan keberkatan Ramadan dapat membantu lebih ramai keluarga susah dek wabak Covid-19.