PRN Melaka: Mesej politik PH dan Anwar ditolak rakyat - Hamzah Zainudin

Kemenangan BN-PN di PRN Melaka 2026.
Kemenangan BN-PN di PRN Melaka 2026.
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 membawa mesej politik yang jelas bahawa Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Amanah kalah di semua kerusi yang mereka tandingi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia bukan kebetulan politik tetapi satu pola penolakan rakyat yang semakin nyata.

Menurut beliau, PH bukan kerajaan pilihan rakyat, bermula di Johor diteruskan di Negeri Sembilan dan kini Melaka.

"Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT dan terima kasih tak terhingga kepada rakyat Melaka. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua jentera pilihan raya PNBN.

"Inilah Refendum Rakyat yang mahukan perubahan kepimpinan dan hala tuju negara. Gelombang Biru membadai Melaka dengan PNBN menang 24 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

"Pada masa sama, apa yang lebih penting, keputusan PRN Melaka membuktikan Parti Wawasan Negara, selaku parti nasional yang berwajah Malaysia, semakin kukuh dan kian mendapat kepercayaan rakyat," katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, mandat kerajaan negeri Melaka menjadi milik tunggal Barisan Nasional (BN) setelah disahkan memperoleh majoriti selesa dalam PRN.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

DUN tersebut adalah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Merlimau, Taboh Naning, Durian Tunggal, Lendu, Duyong, Rembia, Sungai Rambai, Kelebang, Kuala Linggi, Machap Jaya, Gadek, Serkam, Telok Mas, Pantai Kundor, Paya Rumput, Rim, Ayer Molek, Pengkalan Batu dan Asahan.

Artikel Berkaitan:

Pakatan Harapan (PH) disahkan memenangi lima kerusi iaitu di DUN Ayer Keroh, Kota Laksamana, Bukit, Kesidang, Bukit Katil dan Bandar Hilir.

Tambah Hamzah, Wawasan Negara bukan sahaja berjaya mempertahankan DUN Bemban tetapi menang dengan majoriti lebih besar.

Jelasnya, manakala di DUN Kesidang yang menjadi kubu kuat DAP, Wawasan Negara tampil memberi saingan hebat.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa politik inklusif berteraskan nilai dan agenda nasional mempunyai tempat dalam hati rakyat yang mana Wawasan Negara juga menang besar di DUN Gemas dan merampas DUN Klawang serta Sikamat dalam PRN Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Perjuangan ini tidak terhenti di Melaka. Gelombang Biru akan diperkuatkan, Konsensus Nasional Baharu terus diperjuangkan dan dengan dukungan rakyat, langkah seterusnya ialah membawa perubahan ke Putrajaya," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!