Ab Rauf angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua

Ab Rauf mengankat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri pada Ahad.
Ab Rauf mengankat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri pada Ahad.
A
A
A

AYER KEROH - Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengerusi BN Melaka itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dalam istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka Seri Negeri di sini pada Ahad.

Ab Rauf menandatangani watikah pelantikan.
Ab Rauf menandatangani watikah pelantikan.

Turut hadir Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Keputusan PRN Malaka Sabtu lalu menyaksikan BN menang 21 kerusi, PN tiga kerusi manakala PH dengan empat kerusi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!