Peserta Himpunan 125ZR Members 2.0 maut kemalangan

Nahas kira-kira jam 4.30 pagi menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, Selangor itu meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto polis
Nahas kira-kira jam 4.30 pagi menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, Selangor itu meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto polis
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 5.7 Jalan Pantai, di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, nahas kira-kira jam 4.30 pagi menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, Selangor itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu wanita tempatan berusia 29 tahun itu dari arah Batu 4 Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan manakala penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Ahmad Afiq berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!