PRN Melaka: 48.13 peratus pengundi tunai tanggungjawab setakat jam 1 tengah hari

Terdapat 675,166 pengundi biasa bagi PRN kali ini, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos. - FOTO: Bernama
Terdapat 675,166 pengundi biasa bagi PRN kali ini, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos. - FOTO: Bernama
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 48.13 peratus atau 322,072 pengundi daripada 669,211 pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 setakat 1 tengah hari pada Sabtu. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merekodkan jumlah keluar mengundi tertinggi ialah Sungai Udang dengan 58.48 peratus, diikuti Serkam (52.04 peratus) dan Tanjung Bidara (51.80 peratus).

Tiga DUN mencatat peratusan keluar mengundi terendah ialah Kesidang (41.36 peratus), Kota Laksamana (41.32 peratus) dan Bandar Hilir (39.22 peratus).

Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran dibuka serentak pada 8 pagi tadi hingga 6 petang bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan negeri baharu untuk penggal akan datang.

Secara keseluruhannya, terdapat 675,166 pengundi biasa bagi PRN kali ini, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos. - Bernama 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!