Abdul Hadi kesal laporan petik ucapannya di luar konteks

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kesal dengan laporan sebuah portal yang didakwa memetik ucapannya di luar konteks sebenar sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, ucapan berkenaan bertujuan menjelaskan bahawa politik dalam Islam berlandaskan pertimbangan dosa dan pahala yang membawa kepada pemerintahan adil serta menjamin hak masyarakat bukan Islam.

"Pihak kami kesal dengan naratif pemberitaan yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan menolak sebarang sentimen perkauman yang cuba dimainkan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka," katanya pada Jumaat.

Kenyataan berkenaan susulan laporan portal berkenaan bertajuk 'Sejahat-jahat orang Islam tak sezalim bukan Islam' yang disifatkan mengelirukan kerana dipetik di luar konteks ucapan Abdul Hadi ketika berucap pada pentas Grand Finale Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Bukit Katil, Melaka.

Berikutan itu, beberapa pemimpin dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mendesak Abdul Hadi membuat permohonan maaf dan menarik menarik balik kenyataannya itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!