HONOR Magic9 Pro Max cabar takhta iPhone, bawa pengalaman sinematik ke telefon pintar

Penanda aras video telefon pintar mungkin akan bertukar tangan tidak lama lagi dengan pengenalan HONOR Magic9 Pro Max di pasaran.
Penanda aras video telefon pintar mungkin akan bertukar tangan tidak lama lagi dengan pengenalan HONOR Magic9 Pro Max di pasaran.
A
A
A

KUALITI rakaman video iPhone sejak sekian lama menjadi penanda aras dalam dunia telefon pintar, khususnya dalam kalangan pencipta kandungan, vlogger dan pengguna yang mementingkan hasil rakaman berkualiti tinggi.

Keupayaan menghasilkan video jelas, penstabilan mantap serta kemudahan penggunaan menjadikan iPhone antara pilihan utama untuk merakam pelbagai momen, sama ada bagi kegunaan peribadi mahupun penghasilan kandungan profesional.

Namun, landskap teknologi pengimejan mudah alih kini semakin berkembang apabila pengguna bukan sekadar mahukan video yang jelas dan stabil, sebaliknya turut mengutamakan kualiti visual yang mempunyai sentuhan sinematik.

Rakaman yang jelas dan stabil kini sudah menjadi keperluan asas bagi telefon pintar perdana.
Rakaman yang jelas dan stabil kini sudah menjadi keperluan asas bagi telefon pintar perdana.

Menjawab perubahan cita rasa itu, HONOR memperkenalkan Magic9 Pro Max dengan pendekatan baharu menerusi sistem pengimejan yang dibangunkan bersama ARRI, syarikat teknologi kamera sinema terkemuka dunia.

Kerjasama berkenaan membawa kepakaran pengimejan yang selama ini menjadi sebahagian daripada produksi filem profesional ke dalam sebuah telefon pintar, sekali gus membuka dimensi baharu dalam pengalaman rakaman video mudah alih.

Sentuhan Hollywood menerusi teknologi ARRI

Bagi penggiat industri perfileman, nama ARRI bukanlah sesuatu yang asing. Ditubuhkan pada 1917 di Munich, Jerman, syarikat itu mempunyai sejarah lebih satu abad dalam pembangunan teknologi kamera dan peralatan produksi filem.

Artikel Berkaitan:

Antara karya terkenal yang menggunakan kamera ARRI ALEXA termasuk filem pemenang Oscar seperti Parasite, Dune dan Everything Everywhere All at Once.

Keistimewaan ARRI terletak pada keupayaannya menghasilkan visual dengan perincian cahaya dan bayang yang seimbang, tona warna semula jadi serta karakter imej yang menjadi identiti tersendiri dalam dunia sinema.

Justeru, kerjasama HONOR dengan ARRI bukan sekadar memperkenalkan penapis warna baharu, sebaliknya melibatkan pembangunan semula sistem pemprosesan video bagi membawa pengalaman pengimejan sinematik ke peranti mudah alih.

Cabaran utama dalam usaha itu ialah perbezaan ketara antara kamera sinema profesional dengan telefon pintar.

Alatan yang dahulunya hanya digunakan dalam penerbitan filem profesional ini kini hadir sepenuhnya pada telefon pintar HONOR buat pertama kali.
Alatan yang dahulunya hanya digunakan dalam penerbitan filem profesional ini kini hadir sepenuhnya pada telefon pintar HONOR buat pertama kali.

Kamera profesional mempunyai sensor lebih besar dan sistem penyejukan khusus yang membolehkannya mengendalikan data imej dalam jumlah besar. Telefon pintar pula perlu memproses setiap bingkai secara masa nyata dalam ruang yang lebih terhad, selain mengambil kira penggunaan tenaga dan kawalan suhu.

Lebih mencabar, karakter warna ARRI perlu disesuaikan dengan perkakasan telefon pintar, termasuk dari segi pembacaan cahaya, penghasilan semula tona kulit serta pengendalian kawasan cerah dan gelap.

Menerusi kerjasama itu, HONOR Magic9 Pro Max menyokong saluran video ARRI LogC3 dan ARRI Wide Gamut (AWG), iaitu teknologi yang membolehkan maklumat cahaya serta warna dirakam dengan lebih menyeluruh untuk proses penyuntingan dan penggredan warna.

Secara ringkas, LogC3 membantu mengekalkan lebih banyak perincian pada bahagian cerah dan gelap, manakala ARRI Wide Gamut menyediakan ruang warna lebih luas bagi menghasilkan visual yang lebih kaya.

Teknologi berkenaan sebelum ini sinonim dengan produksi filem profesional, namun kini dibawa ke dalam ekosistem telefon pintar HONOR.

Rakaman sinematik hanya dengan satu sentuhan

Bagi melengkapkan pengalaman tersebut, HONOR Magic9 Pro Max turut menggabungkan cip pengimejan proprietari HONOR dengan set lengkap ARRI Look rasmi.

Pengguna boleh memilih gaya warna yang dibangunkan berdasarkan karakter visual ARRI hanya dengan satu sentuhan tanpa perlu mempunyai kemahiran teknikal dalam penggredan warna.

HONOR Magic9 Pro Max menggabungkan cip pengimejan ciptaan HONOR sendiri dengan set lengkap ARRI Look rasmi.
HONOR Magic9 Pro Max menggabungkan cip pengimejan ciptaan HONOR sendiri dengan set lengkap ARRI Look rasmi.

Hasilnya, rakaman video berupaya menampilkan peralihan cahaya dan bayang yang lebih lembut, perincian tona pertengahan lebih halus serta penghasilan warna yang menghampiri karakter visual kamera sinema.

Bagi pencipta kandungan profesional, teknologi itu berpotensi memudahkan proses mengintegrasikan rakaman telefon pintar ke dalam aliran kerja penyuntingan dan pascaproduksi.

Sementara itu, pengguna biasa juga berpeluang menghasilkan video dengan sentuhan lebih artistik untuk merakam detik kehidupan seharian, perjalanan atau kandungan media sosial.

Pendekatan berkenaan sekali gus memperlihatkan bagaimana teknologi pengimejan sinematik yang sebelum ini memerlukan peralatan khusus kini semakin mudah diakses melalui peranti mudah alih.

Pengiktirafan FINAS perkukuh kredibiliti sinematik

Keupayaan pengimejan HONOR turut mendapat perhatian industri perfileman tempatan apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menamakan HONOR sebagai Rakan Kongsi Rasmi Telefon Pintar Pengimejan Sinematik bagi Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

Pengiktirafan itu meletakkan HONOR Magic9 Pro Max sebagai antara tumpuan utama dalam festival filem berprestij negara berkenaan, sekali gus memperlihatkan potensi teknologi telefon pintar dalam menyokong perkembangan industri kreatif dan perfileman tempatan.

HONOR dan FINAS akan terus memperkukuh kerjasama jangka panjang bagi memberi sumbangan berterusan kepada industri kreatif dan perfileman Malaysia.
HONOR dan FINAS akan terus memperkukuh kerjasama jangka panjang bagi memberi sumbangan berterusan kepada industri kreatif dan perfileman Malaysia.

Gabungan kepakaran teknologi sinema ARRI dengan pengiktirafan FINAS turut menjadi langkah penting dalam memperluas penggunaan teknologi pengimejan mudah alih dalam kalangan penggiat kreatif Malaysia.

Kerjasama antara HONOR dan FINAS juga dijangka diteruskan menerusi inisiatif jangka panjang bagi menyumbang kepada pembangunan industri kreatif dan perfileman negara.

Perkembangan itu membuka ruang kepada lebih banyak peluang untuk pencipta kandungan dan penggiat filem meneroka potensi teknologi mudah alih dalam menghasilkan karya berkualiti.

Dengan pendekatan tersebut, HONOR Magic9 Pro Max bukan sekadar membawa peningkatan pada aspek rakaman video, malah mencabar persepsi bahawa penghasilan visual sinematik hanya boleh dicapai menggunakan kamera profesional.

HONOR Magic9 Pro Max menyokong saluran video ARRI LogC3 dan ARRI Wide Gamut (AWG).
HONOR Magic9 Pro Max menyokong saluran video ARRI LogC3 dan ARRI Wide Gamut (AWG).

Persaingan dalam dunia kamera telefon pintar kini memasuki fasa baharu apabila aspek warna, karakter visual dan pengalaman sinematik semakin menjadi ukuran penting.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan