'Polis' ditangkap kerana samun, ugut

Antara barang rampasan suspek yang dirampas polis.
Antara barang rampasan suspek yang dirampas polis.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang penganggur yang menyamar sebagai anggota polis sebelum mengugut dan melakukan samun terhadap seorang warga asing ditahan di Kampung Tembioh, di sini semalam.

Semasa ditahan anggota Response Team Covid-19 IPD Kota Tinggi pada jam 7.20 malam, lelaki berusia 25 tahun dari Jalan Kampung Kelantan itu bertindak agresif selain mengugut pegawai polis yang mahu memberkasnya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah bagaimanapun berkata, suspek berjaya diberkas dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

"Pihak polis merampas sebuah motosikal dan dua buah telefon bimbit dipercayai milik mangsa. Suspek juga disiasat kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini direman selama tujuh hari sehingga 29 April ini.

"Semakan mendapati suspek memiliki 10 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 170 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Artikel Berkaitan: