Penjual daging lembu segar tetap berniaga

Riduan sedang melapah daging segar.
Riduan sedang melapah daging segar.
A
A
A

SEREMBAN - Peniaga daging segar di daerah ini menganggap Ramadan tahun ini berbeza berbanding tahun sebelum ini kerana terpaksa meneruskan perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Peniaga, Riduan Zamberi, 38, berkata mereka akan meneruskan perniagaan di Pasar Segar Terkawal Fama di Jalan Labu Seremban untuk tiga hari sahaja.

Dia yang telah menjalankan perniagaan berkenaan lebih 20 tahun hanya berniaga di Pusat Operasi Fama ini pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, bermula jam 9 hingga 1 petang sejak PKP ini.

"Hari- hari lain kita jual kalau ada permintaan dan membuat penghantaran secara percuma ke rumah selari dengan kehendak kerajaan yang meminta orang ramai tidak keluar rumah. Jadi kita hantar ke tempat mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, walaupun hanya berniaga di Pasar Segar Terkawal tetapi hasil jualannya meningkat kerana lokasi itu menjadi tumpuan malah ramai pengunjung yang datang menggunakan konsep pandu lalu sahaja.

Katanya, sambutan hari mantai tahun ini tidak semeriah dahulu tetapi dia tetap bersyukur kerana dapat membekalkan keperluan daging segar kepada orang ramai terutama mereka yang ingin membuat rendang, sehari sebelum menyambut Ramadan.

"Alhamdulillah, perniagaan saya tidak banyak terjejas, kita keluarkan daging segar mengikut kehendak pasaran, kalau ada yang tempah awal lagi mudah untuk kita berniaga.

"Pada kebiasaannya, saya dapat menjual lebih 200 ke 300 kilogram daging lembu segar termasuk tulang dalam masa sehari tetapi sekarang kita jual mengikut permintaan," katanya.

Artikel Berkaitan: