X

Kindly register in order to view this article
!

LPNM berjaya pasarkan 100 tan nanas Moris

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

JOHOR BAHRU - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) membantu memasarkan 160 tan nanas pekebun di Johor yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarahnya Ruhaida Mashhor berkata, sejak PKP dikuatkuasakan dari 18 Mac sehingga semalam, sebanyak 100 tan nanas jenis moris yang diusahakan pekebun berdaftar di bawah LPNM Johor berjaya dipasarkan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pengilang.

“Selain 100 tan nanas jenis moris, LPNM turut membantu memasarkan hasil pekebun sebanyak 60 tan bagi varieti MD2 dan josapine yang bermasalah dari segi pengangkutan serta pemasaran dengan menghantar nanas bagi keperluan pemborong di Lembah Klang, utara serta pantai timur.

"Sebanyak 60 tan daripada 100 tan nanas jenis moris dihantar ke kilang pengetinan di Batu Pahat manakala 40 tan lagi dihantar ke Pusat Operasi FAMA di Johor, Melaka, Dengkil dan Selayang, Selangor untuk pasaran di Pasar Segar Terkawal terpilih di kebanyakan negeri di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, inisiatif LPNM dalam membantu pekebun terutamanya memasarkan moris adalah disebabkan kekangan pasaran bagi nanas jenis itu sepanjang tempoh PKP berikutan ia lebih kepada segmen menu dan bahan masakan oleh pengguna dan sektor perhotelan selain pemprosesan untuk jem dan inti nanas. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus