X

Kindly register in order to view this article
!

Pakar bedah Malaysia jadi anggota pasukan pencari vaksin Covid-19

Tangkap layar Twitter Dr Nur Amalina.
A
A

LONDON - Pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri, menganggotai pasukan mencari vaksin untuk virus koronavirus (Covid-19).

Dr Nur Amalina berkata, pasukan sukarelawan itu sedang menjalankan percubaan di Institut Kebangsaan Kajian Perubatan NIHR Kolej Imperial di kota itu.

“Percubaan vaksin pertama UK diketuai Dr Katrina Pollock bermula di NIHR Kemudahan Kajian Klinikal Imperial di Kolej Imperial.

“Saya terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada mereka untuk beberapa minggu akan datang,” ciapnya di Twitter hari ini.

Menurut laman web Kolej Imperial, kerajaan UK memperuntukkan £22.5 juta untuk mempercepatkan proses pembangunan vaksin.

Pusat pengajian tinggi terkemuka dunia Universiti Oxford turut menjalankan ujian vaksin mereka, dengan tambahan dan suntikan dana 20 juta pound.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!