X

Kindly register in order to view this article
!

Unifi perkenal pelan istimewa untuk penuntut universiti

A
A

UNIFI memperkenalkan pelan pasca bayar mudah alih baharu kepada penuntut universiti, Pek Pelajar Unifi Mobile yang menawarkan ciri-ciri data, panggilan dan SMS tanpa had pada harga RM59 sebulan.

Ketua Pegawai Komersil, Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan berkata, inisiatif berkenaan bertujuan memudahkan golongan berkenaan mengikuti pengajian mereka secara dalam talian.

“Kami memahami penuntut universiti sangat memerlukan sambungan mudah alih yang menawarkan data tanpa had dan mampu dilanggan setiap bulan.

“Justeru, Unifi komited membantu mereka untuk kekal berada di rumah, terhubung, terhibur, bermaklumat, produktif dan dilayani sepanjang tempoh ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, penuntut universiti yang mendaftar boleh terus menggunakan pelan tersebut walaupun tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP) tamat.

Pek Pelajar Unifi Mobile terbuka kepada semua penuntut universiti awam dan swasta yang mempunyai emel rasmi pelajar.

Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui www.unifi.com.my/studentpack.Kad SIM akan dihantar dalam tempoh satu hingga lima hari waktu bekerja.

“Sebagai permulaan, kami bekerjasama dengan Universiti Multimedia (MMU) untuk membekalkan lebih 13,000 sambungan mudah alih kepada pelajar, ahli fakulti dan kakitangannya.

“Maklumat lanjut berkaitan pelan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan unifi dengan mendail 100 atau melayari laman sesawang unifi di www.unifi.com.my,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!