Spesies ular baharu dinamakan sempena Salazar Slytherin

Spesies ular pit hijau baharu yang diberi nama Trimeresurus Salazar. - Foto CNN
Spesies ular pit hijau baharu yang diberi nama Trimeresurus Salazar. - Foto CNN
A
A
A

INDIA - Sepasukan penyelidik dari India menemui spesies ular pit hijau baharu dan menamakan ular tersebut bersempena Salazar Slytherin.

Penemuan mereka diterbitkan oleh jurnal Zoosystematics and Evolution pada bulan ini.

Salazar Slytherin merupakan watak dalam filem Harry Potter iaitu pengasas Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry, bersama dengan rakannya Godric Gryffindor, Rowena Ravenclaw dan Helga Hufflepuff.

Mereka merupakan penyihir yang paling kuat di dunia Harry Potter.

Slytherin yang terkenal dengan kemampuannya untuk bercakap dengan ular sering dikaitkan dengan binatang berkenaan dan ular adalah simbol rumah Slytherin Hogwarts.

Itulah sebabnya para penyelidik menamakan spesies ular baharu itu dengan nama Trimeresurus Salazar.

Ular itu berbisa dan terdapat di seluruh Asia Timur dan Tenggara.

Spesies ular berkenaan dijumpai di India dan terdapat sekurang-kurangnya 48 spesies itu yang dijumpai di wilayah ini.

Artikel Berkaitan:

Salah satu perkara yang menjadikan Trimeresurus Salazar menonjol adalah melalui jalur oren kemerahan yang terdapat di bahagian kepala pada ular jantan.