Dua pendaki hilang di Lubuk Tupai ditemukan lemas

Dua mangsa dijumpai meninggal dunia ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai pada Rabu. Foto: JBPM SELANGOR
Dua mangsa dijumpai meninggal dunia ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai pada Rabu. Foto: JBPM SELANGOR
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Dua pendaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai, Kampung Hulu Rening di sini ditemukan lemas pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 12.13 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Pasukan Bomba Sukarela Batang Kali dikejarkan ke lokasi.

Dua mangsa dijumpai meninggal dunia ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai pada Rabu. Foto: JBPM SELANGOR
Dua mangsa dijumpai meninggal dunia ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai pada Rabu. Foto: JBPM SELANGOR

"Terdapat enam orang dilaporkan menjalankan aktiviti mendaki sebelum sampai di lokasi kejadian.

"Dua mangsa berusia 21 dan 23 tahun itu dilaporkan mandi di sungai terbabit sebelum disyaki dibawa arus deras dan tenggelam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ashrul Riezal berkata, mangsa pertama dijumpai pada jam 2.15, manakala mangsa kedua pada jam 2.25 petang.

Katanya, mangsa dijumpai dalam kedalaman lima meter.

Menurutnya, mayat dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!