Aktiviti masjid, surau di Perlis ditangguh hingga 31 Mei

Semua aktiviti di masjid dan surau di Perlis termasuk solat Jumaat dan tarawih ditangguhkan sehingga 31 Mei.
Semua aktiviti di masjid dan surau di Perlis termasuk solat Jumaat dan tarawih ditangguhkan sehingga 31 Mei.
A
A
A

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengumumkan pelanjutan penangguhan solat Jumaat, tarawih dan sebarang aktiviti pengimarahan masjid dan surau seluruh Perlis sehingga 31 Mei.

Pengumuman itu dikeluarkan MAIPs bagi menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dizahirkan baginda melalui surat perutusan kepada Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 17 April lepas.

MAIPs dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tindakan pelanjutan ini dibuat setelah baginda Raja Perlis melihat dan mengamati senario semasa koronavirus (Covid-19) dan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak berwajib bagi memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan.

“Menurut titah perutusan Raja Perlis, sekiranya penularan Covid-19 ini dapat dibendung dan diatasi dalam tempoh lebih awal, maka satu titah baharu akan dikeluarkan oleh baginda,” menurut kenyataan itu di sini semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: