Mafia korporat: RM37.53 bilion aset dirampas, RM28 bilion bayar hutang 1MDB – PM

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM37.53 bilion nilai aset dirampas hasil tindakan penguatkuasaan negara dalam usaha membanteras kegiatan mafia korporat termasuk RM28 bilion daripadanya digunakan bagi menyelesaikan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan berkenaan diteruskan menerusi siasatan serta pendakwaan jenayah dan sivil.
“Jumlah keseluruhan yang dirampas dan dipulangkan hasil ikhtiar Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain menjangkau RM37.53 bilion,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

