Pegawai kerajaan maut dipercayai dibunuh suami

NILAI - Seorang wanita maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Kuarters KLIA di sini pada Khamis.
Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam dan mangsa berusia lingkungan 30-an merupakan pegawai kerajaan.
Polis masih berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut, namun setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya mengesahkan kejadian dan memberitahu perkembangan lanjut akan dimaklumkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

