Anggota JPJ maut, kenderaan dirempuh ketika buat pemeriksaan lori

Keadaan lori yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, susur keluar Senawang, malam Khamis.
Keadaan lori yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, susur keluar Senawang, malam Khamis.
A
A
A

SEREMBAN – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut, manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jabatan itu dan dua lori di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, susur keluar Senawang di sini, malam Khamis.

Kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu dikatakan berlaku ketika anggota JPJ berkenaan sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori di lorong kecemasan.

Foto tular memaparkan mayat mangsa ditutup dengan kain putih.
Foto tular memaparkan mayat mangsa ditutup dengan kain putih.

Bagaimanapun, sebuah lori lain yang datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) JPJ dan lori yang sedang diperiksa.

Setakat ini pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian, namun pegawai kanan JPJ Negeri Sembilan mengesahkan seorang anggotanya maut dalam kejadian itu.

Keadaan SUV milik JPJ yang dirempuh lori.
Keadaan SUV milik JPJ yang dirempuh lori.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!