Mayat lelaki ditemui dalam parit

Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto hiasan
Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto hiasan
A
A
A

KEPALA BATAS - Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan di dalam parit berhampiran Surau Permatang Pak Elong, Jalan Permatang Pak Elong di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis memaklumkan, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 3.52 petang bagi mendapatkan bantuan mengangkat mayat itu.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas tiba di lokasi dan mendapati mayat lelaki itu berada di dalam parit sebelum komander operasi mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja mengangkat mayat ke kawasan selamat.

"Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam Ahad.

Beliau berkata, operasi yang melibatkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) itu tamat pada jam 6.44 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!