Tangguh AGM dulu sehingga diberitahu

Dr Wirdati Mohd Radzi
Dr Wirdati Mohd Radzi
A
A
A

Kesemua badan sukan berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dinasihati supaya menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) masing-masing bagi tahun 2020 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pesuruhjaya Sukan, Dr Wirdati Mohd Radzi, kesemua pelaksanaan AGM dan seumpamanya bagi badan sukan berkenaan perlu ditangguh sehingga tarikh yang akan ditetapkan oleh kerajaan kemudian.

Jelasnya, ia selaras pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya semua mesyuarat tahunan syarikat, koperasi, persatuan dan organisasi ditangguh sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

"Namun sekiranya ada badan sukan yang masih merasakan terdapat keperluan penting yang tidak dapat dielakkanadalah dicadangkan supaya AGM itu diadakan secara dalam talian melalui sidang video atau seumpamanya tanpa melibatkan sesi pemilihan ahli jawatankuasa baharu.

“Semua dokumentasi berkaitan perbincangan harus ada sebagai pembuktian suatu perbincangan telah diadakan seperti ditetapkan dalam perlembagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wirdati berkata, badan sukan yang mengadakan AGM sebelum PKP dilaksana pada 18 Mac lalu boleh menghantar laporan masing-masing melalui dalam talian atau pos.

Artikel Berkaitan: