Bom mortar ditemui tepi Sungai Chemangkoh

Bom mortar yang ditemui di tepi Sungai Chemangkoh. Foto: PDRM
Bom mortar yang ditemui di tepi Sungai Chemangkoh. Foto: PDRM
A
A
A

TAMPIN – Seorang lelaki menemui sebutir bom lama jenis mortar 60 milimeter (mm) di tepi Sungai Chemangkoh, Gemencheh di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan objek yang disyaki bom itu kira-kira jam 9 malam.

“Susulan laporan itu, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan terdapat sebutir objek dipercayai bom lama di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mengesahkan objek berkenaan adalah sebutir bom lama tidak meletup jenis Mortar 60 mm berukuran kira-kira 30 sentimeter,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, pemeriksaan di kawasan sekitar juga tidak menemukan sebarang ancaman lain yang mencurigakan.

Ujarnya, pasukan Unit Pemusnah Bom menjalankan tindakan pemusnahan bom terbabit.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!